BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG DALAM KONTEKS PERLEMBAGAAN

Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara. Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah lambang perpaduan rakyat Negara Malaysia. Peraturan perlantikan Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Jadual III Perlembagaan Persekutuan. Semua Raja Melayu layak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong; kecuali Raja yang tidak cukup umur, tidak mahu dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi sulit atas sebab keuzuran akal dan badan atas sebab yang lain. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong diadakan lima tahun sekali. Majlis Raja-Raja Melayu yang terdiri daripada sembilan orang Sultan berkuasa melantik Yang di-Pertuan Agong.



       Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah diberi kuasa untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam. Perlembagaan Persekutuan juga telah membekalkan peruntukan khas yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memelihara dan melindungi hak dan kedudukan istimewa Orang Melayu dan kaum pribumi Negeri Sabah dan Sarawak. Selain dari kuasa yang telah disebutkan, Yang di-Pertuan Agong juga memiliki kuasa istimewa untuk melantik Peguam Negara, Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, Jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dengan kedudukan ini, baginda berkuasa untuk menghukum dan mengampun kes yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera. Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengampunkan pesalah-pesalah tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
  


Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Ia dapat dilihat melalui 3 badan pentadbiran Negara. Iaitu:


BADAN EKSEKUTIF


Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri. Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu Melantik seorang Perdana Menteri, Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen, Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu


BADAN PERUNDANGAN 

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut seperti Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa, Memberhentikan dan membubarkan Parlimen, Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen, Memperkenankan Rang Undang-Undang.



Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.


BADAN KEHAKIMAN


Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting          dalam bidang kehakiman. Antaranya : 


Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.



Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).



Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.



Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu. Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim. 



Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.



Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan. Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.                                                                                                                                                                                      JOM TEROKA!!
-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
-Maksud Parlimen
-Maksud Pilihan Raya
-Kuasa Pemerintahan
-Majlis Raja-Raja
-Raja Berperlembagaan
                                                                       




No comments:

Post a Comment